Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, December 11, 2009

Tiga Peristiwa..

1. Beberapa hari yang lalu terlihat kelibat seorang pemuda di masjid ini. Hari ini sudah masuk beberapa hari dia menetap di sini, di masjid. Banyak suara-suara orang berbunyi pasalnya. Sudah beberapa versi cerita sudah saya dapat....kebanyakannya berlainan sama sekali..

2. Semalam seorang pakcik datang ke rumah, ada masalah katanya.. Pakcik terputus duit, dari KL nak ke KB.. Sampai sini pun menumpang lori.. anak perempuan pakcik lari dari rumah...dah lima minggu.. dah dekat RM 500.. duit pakcik habis pasal nak cari anak pakcik ini....

3. 6hb (ahad) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, singgah sebentar ke Masjid Temerloh. Selesai mengambil wudhu', seorang pemuda bersalaman dengan saya..katanya ada masalah.. beliau dari Jengka dan sudah dua hari menetap di Masjid Temerloh mencari kerja.. Bercadang ke Bentong pula... Beliau meminta sedikit sumbangan buat membeli makan dan minum...
Tiga Peristiwa yang berlaku dalam minggu yang sama.. Sebenarnya sudah acap kali saya berhadapan dengan peristiwa-peristiwa begitu. Pernah dahulu datang seorang muallaf yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.. Setelah dua..tiga hari selepas itu.. sahabat dari PERKIM menyampaikan maklumat bahawa muallaf tersebut adalah penipu...
Orang-orang lama sering mengingatkan saya supaya jangan percaya sangat terhadap orang-orang yang meminta bantuan ini. Kerana banyak yang sudah terkena... Tetapi mungkin ada di kalangan mereka yang memang betul-betul terdesak..tetapi di sebabkan ramai juga yang mengambil kesempatan menyebabkan kepercayaan kita menjadi sangsi dan berbelah bagi.. Apa pun kita akan membantu sedaya upaya kita.. Meraka benar atau tidak terserah kepada Allah...
Apa yang menghairankan..mereka yang ingin bantuan biasanya mencari Masjid dan Imam masjid. Tidak mencari YB di Pusat Khidmat Masyarakat, DO di Pejabat Daerah, Tuan Qhadi di Pejabat Agama, Pegawai JKM di Pejabat JKM.. tetapi mencari Masjid...
Kerana mungkin Masjid lagi mesra kepada orang ramai berbanding contoh-contoh yang disebutkan tadi.. Sedangkan Pegawai-pegawai yang terbabit memang juga terlibat secara langsung dengan orang ramai..cumanya mungkin hubungan langsung dengan orang ramai terhalang dengan suasana bentuk pejabat-pejabat mereka...
Wallahua'lam...

Friday, December 04, 2009

Banyak Tragedi yang Berlaku

1.Petang semalam, beberapa minit lagi menjelang waktu maghrib.. tepat-tepat depan Masjid.. berlaku kemalangan antara sebuah kereta dan motor. Kereta yang dipandu Pak Akob hendak masuk ke Masjid dilanggar oleh pemuda yang menunggang Motorsikal. Pemuda tu katanya anak Ustaz Tajuddin. Saya tidak kenal akan pemuda itu mahupun bapanya. Kata seorang ahli jemaah Masjid, 'Saya tak kenal kalau orang tu tak jadi ahli jemaah masjid, kenal yang pergi masjid sahaja. Kereta Pak Akob kereta lama, besi tulen, Pak Akob pun sudah bergelar orang lama.. berlanggar dengan motor baru yang sudah semestinya tahap kelajuannya berganda-ganda berbanding dengan kereta lama Pak Akob.
Pak Akob cedera ringan sahaja. Tetapi anak Ustaz Tajuddin yang saya tidak kenal anak mahupun bapanya itu meninggal dunia... al-Fatihah..
2. Sudah hampir 2 purnama Setiausaha Masjid tinggal diam di dalam wad hospital Kuala Lipis. Dalam tempoh itu telah ke HKL dan HOSHAS Temerloh. Raya haji baru ini pun dalam wad. Mungkin Ujian buatnya...
3. Sebulan yang lalu, Bilal masjid kami, Abg Man..kemalangan juga..Abg Man bersama isterinya dilanggar dengan sebuah kereta kenari yang terbabas ke arah Abg Man.. Mungkin pemandu tersebut tertidur barangkali. Kereta Abg Man hancur.. Sekarang Abg Man dan isterinya masih lagi berada di Wad Hospital Temerloh setelah di transfer dari hospital Kuala Lipis. Raya Haji baru ini pun keduanya terlantar di hospital. Malang bagi pemandu kenari, meninggal dunia.. al fatihah...

Tuesday, December 01, 2009

Suatu Komitmen

Suatu Komitmen..

4,5,6 Dis 09 : Program Bersama Pelajar di Balok, Kuantan
5,6 Dis 09 : Hari Kualiti PASTI Pahang, di Rompin
7-10 Dis 09 : Kem Anak Soleh 2009, di Masjid Daerah Lipis
11-17 Dis 09: Kem Pemantapan al-Quran, Sek.Men Seri Lipis
11-12 Dis 09: Kem Anak Soleh, Jabatan Remaja Kawasan Lipis, Markaz Tempoyang.
11 Dis 09 : Mesyuarat Khas ILMAM Pusat, Kuala Lumpur
14-17 Dis 09 : Kem Anak Soleh 2009, Masjid Daerah Lipis.
19 Dis 09 : Ijtima' Murabbi, Kuala Lumpur
19-21Dis 09 : Bengkel Kurikulum Kaffah, Temerloh Pahang

Sembang-Sembang Korban

...Masjid awak berapa ekor tahun ni?
...Surau kami tak ada tahun ini..
...Taman perumahan kami 7 ekor tahun ni...
...Lembu ke Kerbau tahun ini...
...Saya tak masuk bahagian kat surau ni... dapat daging sikit..
Antara perbualan-perbualan yang sering kita dengar sempena menyambut Eid Adha ini..
Nampak seperti menyambut pesta pulak...ataupun suatu pertandingan, mana tempat yang paling banyak... Lihat pula perbualan yang popular jugak...
...Berapa kilo nak bagi ke yang masuk 7 bahagian?..
...kira berapa orang yang datang masa melapah, memotong dan mengagih ini...
...sape nak kepala lembu ini...
...jantung ni saya yang nak....
...yang ni saya ambillah...
Merenunglah seketika... Kadang-kadang kita terlupa bahawa korban yang kita lakukan ini merupakan suatu ibadah agong... Kita hanya teranggap hanya saperti acara tradisi tahunan sahaja...
Betulkan balik niat kita. Sepatutnya agihan korban juga perlu adil.. Bayangkan bila tiba Raya Haji, Peti sejuk kita boleh jadi tak muat..penuh dengan daging korban...Kadang-kadang ada yang sampai pesan kat kawan..tolong ambilkan daging korban untuk dia...
Mudahan kita hayati betul-betul konsep korban ini...jangan ibadah kita pula yang terkorban...
Wasalam...